- koordinasi badan
- sistem saraf manusia
- koordinasi saraf
- peranan reseptor regang dalam mengekalkan keseimbangan dan koordinasi badan
- otak manusia
- koordinasi hormon dalam badan
- koordinasi sistem saraf dengan sistem endokrin
- kesan penyalahgunaan dadah terhadap koordinasi badan dan kesihatan
- kesan pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan terhadap koordinasi badan dan kesihatan
- kepentingan minda yang sihat dan baik
1. koordinasi badan
koordinasi badan ialah proses yang dikawal oleh sistem saraf dan sistem endokrin untuk melibatkan kerjasama antara anggota badan dalam menghasilkan gerak balas yang betul berdasarkan ransangan yang diterima.
terdapat dua jenis koordinasi badan: 1. koordinasi saraf 2. koordinasi kimia
apakah jenis-jenis sistem saraf manusia?
terdapat dua jenis sistem saraf manusia iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi. sistem saraf pusat terdiri dari otak dan saraf tunjang. sistem saraf periferi pula terdiri daripada sistem saraf soma atau saraf badan dan sistem saraf autonomi. sistem saraf soma pula terdiri daripada saraf kranium dan saraf spina.
nyatakan fungsi-fungsi setiap sistem saraf.
apakah itu koordinasi saraf?
koordinasi saraf adalah penyelaras sistem badan terhadap suatu ransanganyang diterima dengan menghasilkan suatu gerak balas melalui penghantaran maklumat dalam bentuk impuls.
apakah yang dimaksukan dengan reseptor dan efektor?
1. Apakah itu tindakan refleks?
terdapat dua jenis koordinasi badan: 1. koordinasi saraf 2. koordinasi kimia
- koordinasi saraf menyelaraskan aktiviti seperti bercakap, berjalan, menulis, membaca dan mendengar.
- koordinasi kimia menyelarskan aktiviti badan seperti pembiakan, pencernaan, pertumbuhan dan mengawal kepekatan darah
kepentingan organisasi badan termasuk:
- membolehkan semua organ berfungsi sebagai 1 unit bagi mengesan ransangan atau bergerak balas terhadapnya.
- mengawal koordinasi antara ransangan dan gerak balas badan.
- membantu kita mengelakkan kecederaan atau bahaya
- membolehkan kita menyesuaikan diri terhadap perubahan sekeliling
seseorang mungkin akan lumpuh sekiranya organisasi saraf tertentu tidak dapat berfungsi dengan baik
koordinasi kimia melibatkan kelenjar-kelenjar yang menghasilkan hormon. hormon hormon ini akan dibawa ke organ sasaran melalui sistem peredaran darah bagi tindakan gerak balas terhadap ransangan yang diterima.
apakah fungsi sistem saraf manusia?
sistem saraf manusia berfungsi menerima dan bergerak balas terhadap ransangan.
apakah jenis-jenis sistem saraf manusia?
terdapat dua jenis sistem saraf manusia iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi. sistem saraf pusat terdiri dari otak dan saraf tunjang. sistem saraf periferi pula terdiri daripada sistem saraf soma atau saraf badan dan sistem saraf autonomi. sistem saraf soma pula terdiri daripada saraf kranium dan saraf spina.
nyatakan fungsi-fungsi setiap sistem saraf.
- otak berfungsi mengawal semua aktiviti badan seperti berjalan dan bercakap.
- saraf tunjang mengawal tindakan refleks seperti sentakan tangan apabila tersentuh objek yang panas.
- sistem saraf soma iaitu sistem saraf spina dan sistem saraf kranium mengawal semua tindakan terkawal sepert berlari dan bercakap.
- sistem saraf autonomi mengawal tindakan luar kawal seperti denyutan jantung dan pengecilan anak mata.
Apakah itu neuron?
neuron adalah unit asas sistem saraf yang dibina daripada berjuta-juta sel saraf dan berfungsi membawa impuls.
nyatakan struktur neuron dan fungsinya
- badan sel: mengawal semua aktiviti neuron
- dendrit: menerima impuls dari neuron-neuron lain dan menghantarnya ke badan sel
- dendron: dendrit yang membawa impuls ke badan sel.
- akson: dendrit yang membawa impuls keluardari badan sel.
- salut mielin: membekalkan nutrien kepada akson dan dendron, mempercepatkan penghantaran impuls.
jenis-jenis neuron:
- neuron deria menghantar impuls saraf dari organ deria / reseotor ke sistem saraf pusat.
- neuron perantaraan memindahkan impuls saraf dari neuron deria ke neuron motor.
- neuron motor membawa impuls saraf dari sistem saraf pusat ke efektor.
koordinasi saraf adalah penyelaras sistem badan terhadap suatu ransanganyang diterima dengan menghasilkan suatu gerak balas melalui penghantaran maklumat dalam bentuk impuls.
apakah yang dimaksukan dengan reseptor dan efektor?
- reseptor ialah sel dalam organ deria seperti telinga yang mengesan ransangan dari persekitaran
- efektor ialah organ otot atau kelenjar yang bergerak balas terhadap ransangan yang diterima.
bagaimanakah berlakunya pengaliran impuls saraf dari reseptor ke efektor?
- reseptor menerima ransangan dan menghasilkan impuls
- neuron deria membawa impuls ke sistem saraf pusat.
- sinaps ialah ruang sempit yang memisahkan dua neuron. membenarkan impuls bergerak dalam satu hala sahaja.
- neuron perantaraan menyambungkan neuron deria dengan neuron motor.
- sinaps
- neuron motor membawa impuls ke otot atau kelenjar
- efektor terdiri daripada otot. bertindakbalas dengan melakukan pengecutan atau kelenjar bertindak dengan merembeskan hormon.
gambar laluan impuls saraf
Tindakan refleks dan arka refleks
tindakan refleks adalah gerak balas badan secara automatik atau pantasterhadap ransangan luar tanpa kawalan otak.
2. Bahagian manakah mengawal tindakan refleks?
3. Apakah kepentingan tindakan refleks?
4. Berikan contoh-contoh tindakan refleks.
5. apakah yang dimaksukan dengan arka refleks?
6. nyatakan arka refleks bagi suatu tindakan refleks.
7. Bincangkan penghantaran impuls apabila jari seseorang tercucuk jarum.
Bahagian utama otak manusia dan kawalannya
1. Apakah tiga bahagian utama otak manusia dan fungsinya?
2. Apakah perbezaan antara tindakan terkawal dengan tindakan luar kawal?
Fungsi otak dan kesan kecederaan otak
1. Berikan contoh2 tindakan atau aktiviti yang dikawal oleh tiga bahagian utama otak.
2. Jelaskan apakah yang akan terjadi sekiranya bahagian tertentu otak kita mengalami kecederaan?
Hormon dan kelenjar endokrin dlm sistem endokrin
1. Apa itu hormon?
2. Apa itu kelenjar endokrin?
3. Apakah kelenjar dlm sistem endokrin?
4. Nyatakan fungsi2 kelenjar dlm sistem endokrin.
Kesan berlebihan dan kekurangan hormon
1. Nyatakan kesan kpd manusia apabila kelejar endokrin menghasilkan lebih atau kurang hormon.
Koordinasi antara sistem saraf dan sistem endokrin
1. Apakah perbezaan antara koordinasi saraf dan koordinasi kimia?
2. Jelaskan hubungan antara koordinasi saraf dan koordinasi kimia dlm situasi kecemasan.
Dadah dan kesan penyalahgunaan dadah
1. apa itu dadah?
2. apakah fungsi dadah dalam bidang perubatan?
3. apakah yang dimaksudkan dgn penyalahgunaan dadah?
4. namakan empat kumpulan utama dadah.
5. berikan contoh-contoh dan ciri2 dadah.
6. apakah kesan buruk penyalahgunaan dadah?
No comments:
Post a Comment