Saturday, August 27, 2016

sains tahun 4 bab 8: pengaratan bahan

Pengaratan

objek yang berkarat ialah

  1. objek yang diperbuat daripada besi
  2. selaput perang kemerahan terbentuk pada permukaan sesuatu objek apabila ia terdedah pada udara dan air
  3. kelihatan tidak menarik dan lama
  4. menjadi rapuh dan terhakis perlahan lahan


faktor pengaratan

  1. kehadiran udara dan air
  2. tanpa salah satu faktor ini pengaratan tidak akan berlaku


kepentingan mencegah pengaratan

  1. objek boleh tahan lama
  2. mencegah pengaratan pada tin makanan boleh mencegah keracunan makanan
  3. objek akan kelihatan bersih, berkilat dan cantik
  4. kos penyelenggaraan dapat dikurangkan


cara-cara mencegah pengaratan

  1. menyapu gris/minyak. contoh sapukan gris pada rantai basikal
  2. menyalut dengan lapisan plastik. contoh klip kertas
  3. mengecat. contoh pagar sekolah
  4. simpan dalam bungkusan kertas / plastik. contoh sejumlah paku yang dipek
  5. menyadur dengan logam tahan karat. contoh barang kemas 


ujikaji

  1. mengkaji faktor pengaratan


pemerhatian:
tabung uji P: berkarat
tabung uji Q: tidak berkarat
tabung uji R: tidak berkarat

inferens:
tabung uji P: berkarat kerana terdedah pada udara dan air
tabung uji Q: tidak berkarat kerana tiada kehadiran air. agen pengering menyahkan wap air dalam tabung uji
tabung uji R: tidak berkarat kerana tiada kehadiran udara. lapisan minyak menghalang udara larut dalam air dalam tabung uji

kesimpulan
proses pengaratan memerlukan kehadiran kedua dua faktor pengaratan iaitu air dan udara



No comments:

Post a Comment