assalamualaikum dan salam pagi yang ceria buat semua y sudi membaca.
nk tanya apa pendapat ibu ibu bapa bapa di luar sana berkaitan cerita upin ipin y baru baru ni hangat di pawagam.
sejujurnya anak dan suami sy dh pun pergi menonton filem tersebut. sy nak tanya sedarkah kita semua apabila sesuatu hiburan y diketengahkan oleh orang kita sendiri mampu mencubit, meracik, mencarik akidah kita. kalau orang luar buat cerita y berunsur perosak akidah kita mungkin cepat2 ambil tindakan tp bagaimana kalau org kita sendiri jadi perosak. bukankah itu lebih bahaya. bagai gunting dalm lipatan.
sy lihat filem hasil kerjasama kru production dan lesscopaque kali ini terlalu rendah nilai moral yang boleh diketengahkan. malah dlm slot ceritanya yang menekankan seorang kanak2 perempuan yang teramat gedik dan kurang akal diketengahkan sebagai watak utama. watak sebagai 'aqish' kalau x silap sy, meletakkan kepercayaan y teguh terhadap kewujudan watak animasi upin ipin kedalam dunia nyata. malah lebih parah lagi meminta pertolongan pada kepercayaannya iaitu si upin ipin. apa ingat ni dewa botak kembar ke apa? bukankah lebih baik jika diketengahkan element y berilmiah dan mendukung akidah kita. sepatutnya kanak2 tersebut berdoalah pada Allah dan ceritanya biarlah ada jalan dimana ilmu pengetahuan anak2 dapat dijana seperti ketengahkan fakta2 sains contoh macamana proses fotosintesis ke, proses mitosis ke miosis ke. atau letak elemen berfikir yang berkaitan dengan proses perkembangan minda anak2 di zaman kanak2,y lebih sesuai.
mungkin pada dasarnya cerita ni bawa penonton lihat watak kanak2 perempuan y ceria beranimasi diluar tabii normal. tp realitinya cerita ni kusut dan sarat dengan elemen yang bukan sahaja x berilmiah malah mampu membawa keteguhan akidah anak2 yang baru nk kenal tuhan jauh hanyut.
bukan niat nk junam filem org kita tp niat ikhlas nk pertahankan benteng akidah generasi yang baru nk kenal perkataan. tunas baru nk tumbuh kenalah jaga betul2. banyak sangat ulat bnyak juga pestisid perosak lagi merosakkan.